MRP Travel & Tours mengucapkan Selamat Datang kepada anda. Kami lebih mesra dengan nama MRP Langkawi. Syarikat yang berpengalaman dalam bidang pelancongan lebih daripada 20 tahun sejak 1995 lagi. Dipercayai dan telah menerima tempahan lebih 300,000 tempahan samada dari dalam dan luar negara.

Menyediakan perkhidmatan Sewa Kenderaan dan Pakej Pelancongan. Banyak pakej yang kami disediakan. Dari Pakej Ekonomi hingga ke Pakej VIP. Tapi yang pasti perkhidmatan kami pasti tidak akan mengecewakan anda.

Datanglah ke Langkawi, dapatkan perkhidmatan MRP Langkawi dan anda pasti akan datang lagi.

Nama Penuh Syarikat MRP Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran Syarikat 353281-K
No. KKP 3204
No. Pendaftaran Kem. Kewangan 357-02284084

Car Rental Hotel Reservation
Transfer/Limousin Island Tour
Island Hopping Budget Package Tour
Snokerling Package Ground Handling
Scuba Diving Package Fishing Trip
Mangrove Safari Tour Seminar Package

 29/07/2019
Promosi Musim Cuti Sekolah & Raya Haji 2019

Started 09 AUG Till 18 AUG - School Holiday Promotion

Viva RM 80 ( Promo RM 70 )
Axia RM 100 ( Promo RM 90)
Myv RM 120 ( Promo RM 100)
Bezza / New Saga / Forte RM 130 ( Promo RM 110 )
Almera RM 140 ( Promo...

 [ Baca Selanjutnya ] 


 07/05/2018
PROMOSI RAYA AIDILFITRI

Bermula Dari 24 April 2018 hingga 20 May , Tempahan Kereta Untuk Musim Perayaan Bermula.
Tempahan Awal Akan Menilkmati Rebat Sebanyak 15% Untuk Semua Jenis Kereta

klick : http://www.wasap.my/+60102533778/rayapromorentcar

 [ Baca Selanjutnya ] 


 20/04/2018
PAKEJ PERCUTIAN BARU UNTUK PASANGAN ( COUPLE )

MRP Travel & Tours telah menyediakan PAKEJ PERCUTIAN BARU untuk pasangan yang ingin bercuti di Pulau Langkawi. Terdapat 2 pakej disediakan mengikut budget pasangan masing-masing.

Butiran lengkap pakej boleh dirujuk pada bahagian...

 [ Baca Selanjutnya ] 


 08/04/2018
PENAMBAHAN UNIT KERETA DAN MPV

Bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. MRP Travel & Tours telah menyediakan beberapa unit kereta dan MPV tambahan yang boleh disewa oleh sesiapa saja.

Walaupun pperkhidmatan telah ditingkatkan, kadar sewa...

 [ Baca Selanjutnya ] 


Antara tempat-tempat yang menarik patut anda lawati semasa anda bercuti di Pulau Langkawi :

 

Taman Laut Pulau Payar ( Pulau Payar Marine Park )

Terletak 30km daripada pulau utama. Mengandungi empat buah pulau, Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang. Kawasan yang kaya dengan kehidupan marinnya.

Sangat popular dan amat sesuai kepada peminat aktiviti snorkeling dan aktiviti menyelam untuk melihat kehidupan di dasar laut.


 

KILIM GeoForest Park

Kilim Geoforest Park dibentuk oleh 7 hutan simpan termasuklah hutan bakau. Batuan di taman ini dibentuk oleh batu kapur yang berusia 490-350 juta tahun.

Karst adalah bentuk muka bumi yang dibentuk oleh batu kapur ini tidak sekata. Puncak yang tajam pada kebanyakan batuan di sini diakibatkan oleh tindakan air hujan berasid ke atas batu kapur dan menyebabkan perlarutan pada rekahan dan perlapisan batuan meninggalkan puncak-puncak yang tajam pada batuan di sini.

Terdapat beberapa geotapak yang sangat bernilai warisan tinggi dan menarik untuk diterokai di kawasan ini. Di antaranya Gua Kelawar, Gua Langsir, Pulau Anak Tikus, Teluk Cina Mati, Tasik Langgun, Teluk Mempelam, Gua Langsir, Gua Cherita, Gua Dedap dan kawasan Tanjung Rhu.


 

Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Curahan dari telaga pertama membentuk sebatang sungai kecil dan menerusi ke telaga yang lain.

Terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Ia boleh mengambil masa antara 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh yang setinggi 90 meter ini


 

Kereta Kabel Langkawi ( Langkawi Cable Car )

Terletak di Gunung Mat Chinchang. Dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik.

Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kereta kabel di Switzerland.


 

Muzium Seni 3D Langkawi ( Langkawi 3D Museum )

Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat.

Terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia. Karya seni di sini amat cantik dan menarik. Lebih daripada 200 karya tersedia untuk disaksikan oleh pengunjung di sini.


 

Catatan Pilihan Dari BLOG

Pautan

Peta Langkawi - Percuma



Halaman Utama  |   Sewa Kenderaan  |   Pakej Percutian  |   Pakej Promosi  |   Jadual Waktu Kemuncak  |   Pertanyaan
©2017 Hakcipta Terpelihara